PROFILE

Syarikat  LeniSpice Sdn Bhd  telah diperbadankan dengan rasminya pada  21hb Febuari 2007 . Syarikat ini di
tubuhkan sebagai sebuah syarikat Sdn Bhd. Dan mula
beroperasi pada 2 hb. Januari 2008. Diasaskan
oleh Hj. Morshidi Hj. Moris dan Hjh Leni Hj Len serta dibantu oleh anak-anak.
Hj Morshidi ialah seorang pesara  dan pernah bertugas dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia,Lembaga Pelabuhan Bintulu, Bintulu Port Sdn Bhd dalam jurusan Kejuruteraan Merin  dan jawatan terakhir ia-lah Pengurus Besar Amenkay Teknik Sdn Bhd  cawangan Bintulu.
Hjh. Leni  pula berpengalaman luas dalam bidang makanan dan pernah mempunyai syarikat sendiri iaitu HAJJAH LENI CATERING  dan telah banyak mengendalikan kantin-kantin, kedai makanan serta katering  di kawasan Bintulu.
Perniagaan utama sekarang ialah  memproses dan mengedar berbagai jenis pes rempah makanan harian dengan mengunakan jenama “LENI” dalam bentuk sejuk beku. Sebelum  ini syarikat telah
beroperasi di premis yang beralamat no. 175 Ground
Floor (Lot 1536) Parkcity Commerce Square Phase 2,
Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak dan telah mendapat persijilan halal.
Kami telah berpindah ke lokasi baru pada awal bulan March tahun (2010) iaitu di No. 44 , Lot 1315 ,Block 3, MuaraTebas Land District, Jalan Kampong Bako, 93010 Kuching. Buat masa ini syarikat kami dalam proses mendapatkan persijilan HALAL daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk kilang baru  dan akan menambah produk baru seperti karipap,roti canai dan berbagai jenis makanan lain dalam bentuk sejuk beku.